Monday, October 13, 2008

Pendaftaran Orang Kompeten

Peraturan 63

(1) Seseorang yang memegang Perakuan Kompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara dibawah Peraturan-peraturan ini berhubungan dengan Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Pengarah.

(2) Pendaftaran di bawah sub peraturan (1) hendaklah dibuat, dan boleh diperbaharui, selama dua belas bulan, apabila dibayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian V jadual Kedua.

(3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar atau perakuan-perakuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

(4) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompetenan atau Penyelia Elektrik tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 75 tahun.

(5) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 65 tahun.

(6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke tahun mengikut budi bicara Pengarah yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.

(7) Pemunya, Pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu.

(8) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiaporang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja olehnya, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh Pengarah.

1 comments:

Md.North.Dean said...

Testting 123... caya la kimi... teruskan usaha anda untuk menulis dengan pjg lebar lagi dlm blog ini.