Monday, January 5, 2009

Penggunaan Dokumen Kurikulum

Adalah dimaklumkan dokumen kurikulum yang telah dikemaskini daripada dokumen lama hendaklah diguna pakai di semua GIATMARA dalam menjalankan latihan mengikut 28 bidang yang telah ditetapkan. Kepada tenaga pengajar kanan, tenaga pengajar yang masih belum mendapatkan salinan sama ada bercetak atau dalam bentuk 'softcopy' hendaklah mendapatkannya daripada pejabat GIATMARA negeri atau menghubungi Pegawai Perhubungan Industri (PPI) di negeri masing-masing. Penggunaan dokumen kurikulum ini dikuatkuasakan mulai pengambilan sesi Jan 2009. Tujuan penggunaan dokumen kurikulum ini adalah untuk menyeragamkan penggunaan bahan pengajaran yang sama di semua GIATMARA yang menjalankan bidang latihan yang sama serta mewujudkan penilaian berpusat yang serentak bagi penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di GIATMARA

0 comments: