Jabatan Pembangunan Kurikulum dengan bantuan daripada semua tenaga pengajar (TP), pengubal dan JK pembangunan Dokumen Kurikulum (DK) cuba sebaik mungkin untuk membantu rakan-rakan di GM untuk memperolehi standard bahan-bahan PNP yang terbaik dan mudah untuk dijadikan rujukan serta mudah difahami.
Susulan daripada itu, adalah diharapkan agar dapat kita namakan fail-fail berkaitan mengikut koding yang mudah difahami dan disusun di dalam folder mahupun di sites portal kita. Disertakan contoh disini.
untuk fail WIM
M03-HP1-12.doc
M03 : mewakili Modul 3
HP1 : helaian penerangan 1
HP1-12 : helaian penerangan 1 daripada 12 helaian penerangan yang ada dalam modul 3
.doc : adalah format fail yang dijana automatik daripada perisian
untuk kod rujukan pada fail-fail WIM
GM/SW/KTM/TSK/M02/HP(3/12)
GM : GIATMARA
SW : Skills Worker
KTM : Kluster Komputer dan IT
TSK : Kursus Teknologi Sistem Komputer
M02 : Modul 02
HP : Helaian Penerangan
HP(3/12) : Helaian Penerangan 3 daripada 12 Helaian penerangan yang ada dalam M02
Tambahan
HT : Helaian Tugasan
HK : Helaian Kerja
PAMT : Penilaian Akhir Modul Teori
PAMA : Penilaian Akhir Modul Amali
Harap dapat dibuat namakan/susunan semula nama-nama fail berkaitan dengan kod diatas agar dapat kita susun dan mengenalpasti fail-fail berkaitan dengan merujuk dokumen kurikulum yang ada.
Sumbangan daripada semua TP yang mempunyai bahan-bahan pengajaran yang boleh dikongsi bersama mengikut label dan DK yang ada amat dialu-alukan untuk diletakkan di sites portal PKL. Sekian, Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment